Monday 12 December 2011

TUTORIAL G: Describe what you love/like about Google or Yahoo

Google DAN Yahoo merupakan sebuah perisian atau bahan  yang awalnya berkecimpung dalam pengembangan  bahan pencarian maklumat di internet. Antara kelebihan Google dan Yahoo ialah:
1.    Merupakan mesin pencari bahan  No 1 didunia (www.google.com)

2.    Sistem email yang terkenal (www.gmail.com )

3.    Terdapat  paparan2  blog  yang  terkenal (http://www.blogger.com)

4.    Terdapat  laman-laman  sosial networking yang popular dan terkenal diseluruh dunia.(http://www.myspace.com)  contoh lain seperti facebook,twiter,tagged dan sebagainya.a

5.    Bagi Yahoo,perkhidmatan email yang ada sememangnya sangat memudahkan kehidupan manusia.Disitu kita boleh menghantar maklumat dengan mudah tanpa membazir masa,kos dan juga tenaga.

6.    Dalam google juga disediakan google translate.Google translate ini digunakan untuk menukarkan sesuatu bahasa itu kepada bahasa yang lain contohnya pelajar2 yang selalu gunakan untuk kerja mereka atau asigment ialah bahasa inggeris ke bahasa melayu,namun harus berhati2 kerana sesetengah kosa kata yang diberi kadangkala tidak tepat.

7.    YM juga tidak kurang hebatnya,ym digunakan untuk berhubung diantara satu sama lain tanpa mengenal jarak jauh mahupun dekat.

PENGGUNAAN PENYARING DALAM FOTOGRAFI

Satu lagi alat yang tidak kurang kepentingannya adalah penyaring. Penyaring merupakan kanta yang dipasang pada kamera untuk mengambil gambar foto berwarna atau hitam putih. Penyaring diperbuat sama ada khusus untuk warna atau hitam putih. Namun, sesetengah penyaring boleh digunakan untuk kedua-dua jenis gambar foto yang disebutkan tadi.
Penggunaan penyaring untuk gambar foto hitam putih boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama. Penggunaannya bergantung kepada fungsi-fungsi tertentu seperti contoh:
(a) Penyaring yang menukar tindakbalas filem supaya semua warna akan digambarkan hampir sama dengan nilai kecerahan bandingan seperti mana pada penglihatan mata. Ini dipanggil penyaring pembetulan.

(b) Penyaring yang menukar nilai kecerahan bandingan dua warna yang menunujukkan warna kekelabuan yang hampir sama, supaya boleh dilihat dengan jelas pada gambar foto. Ini dipanggil penyaring kontras.

(c) Penyaring yang mengurangkan kesan kekaburan, kecerahan dan pembalikan. Jenis ini boleh digunakan untuk kedua-dua gambar foto warna dan hitam putih. Contohnya ialah penyaring polarizing, penyaring neutral density, penyaring ultra lembayung, penyaring skylight dan penyaring untuk mendapatkan kesan tertentu.

 
Penggunaan penyaring dalam mengambil gambar foto warna juga boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama:

(a) Penyaring yang menukarkan filem yang dibuat khusus untuk mengambil gambar foto didalam punca cahaya yang tertentu kepada punca cahaya yang lain. Penyaring ini dipanggil penyaring conversion.

(b) Penyaring yang mengubah warna objek didalam gambar foto untuk mendapatkan warna sebenar. Penyaring jenis ini juga digunakan untuk menimbulkan kesan luar biasa atau untuk mengambil gambar foto dalam keadaan cahaya yang luar biasa , misalnya cahaya lampu kalimantang. Ini juga dipanggil penyaring pengimbang warna.

(c) Penyaring yang sama fungsinya seperti penyaring yang digunakan untuk mengambil gambar foto hitam putih bagi mengurangkan kesan kekaburan, kecerahan dan pembalikan.
Berdasarkan keterangan diatas, kita dapati bahawa penyaring memainkan peranan penting dalam proses mengambil gambar foto. Penyaring juga membolehkan jurugambar mengawal keadaan ketika gambar hendak diambil supaya dia dapat menghasilkan kesan, suasana , warna, atau ton (tone) pada sesebuah gambar itu kelak.

TUTORIAL : ..Explore google and yahoo facilities especially google doc...

google:


Pertama, kami akan menyatakan mengenai kemudahan yang terdapat pada ‘google’. Boleh dikatakan semua orang mempunyai akaun google untuk keperibadian tersendiri. Tidak ketinggalan kumpulan kami yang telah mendaftar akaun google terutama untuk membuat “google document”.
 
Demi mendapatkan perkhidmatan google seperti google maps, google calender, gmail dan lain-lain setiap  orang mestilah memdaftar akaun google terlebih dahulu. Google menyediakan banyak perkhidmatan antaranya ialah:

1.    Alert
2.    Analysis
3.    Blogger
4.    Browser syne
5.    Calender
6.    Document
7.    Gmail
8.    Groups
9.    igoogle
10. local business center
11. maps
12. notebook
13. orkut
14. page creator
15. picasa web albums
16. reader
17. talk
18. video
19. web history dan lain-lain

Dalam banyak-banyak perkhidmatan yang di sediakan ini kami selalu guna ialah perkhidmatan blogger, gmail dan documents. Setiap perkhidmatan ini memepunyai faedah, atau keistimewaan mereka yang tersendiri. Bagi seorang mahasiswa yang mengambil  subjek AK20303, UMS. Kami telah di dedahkan untuk menggunkan laman blog dan dokumen untuk menunjukkan hasil kerja kami.

GOOGLE DOCS??

Google docs adalah sebuah perkhidmatan yang disediakan oleh google untuk membuat, mengedit dan lain-lain yang menggunkakan dokumen secara on-line. Dengan menggunkan google docs ini kita dapat membuat dokument seperti Ms.Word, Ms.Power point dan Operasi SpreadSheet seperti Ms.Excel dan semuanya ini mestilah dilakukan secara on line. Hasil kerja yang telah kita lakukan juga boleh di simpan di dalam sebuah folder yang terdapat pada server google. Di sini,kita boleh simpan dan buka kembali dokumen yang telah kita buat.


SELAMAT MENGGUNAKAN AKAUN google docs..!.. 

yahoo..

Terakhir, kami akan membicarakan mengenai kemudahan yang ada pada “yahoo”.  Pertama sekali anda akan lihat apabila membuka laman web yahoo anda akan jumpa yahoo sites. Di dalam yahoo site ini terdapat banyak kemudahan yang telah di sediakan antaranya ialah:

1.    mail messenger
2.    news entatement
3.    movie
4.    finance
5.    property
6.    sports
7.    games
8.    flickr
9.    mobile
10. travel
11. answers
12. deals
13. groups
14. shopping

*Untuk menggunakan kemudahan ini lebih mudah bila kita berdaftar sebagai ahli yahoo.

Manakala, di laman Yahoo News Malaysia,  pula telah menyediakan banyak kemudahan yang tersendiri. Di laman ini kita akan dapat untuk membaca berita atau menambah ilmu pengetahuan semasa tidak hanya isu di Malaysia namun terdapat juga isu luar  negara.
Antara kemudahan yang di sediakan ialah:

1.    home (isu-isu popular @hangat)
2.    Malaysia
3.    World (isu-isu Asia, Europe, U.S, Mideast/Afrika)
4.    Entertanment
5.    Videos
6.    Business
7.    Sports (motorsports, golf, football)
8.    teknologi
9.    lifestyle
10. question time

seterusnya ialah mengenai Yahoo Mail. Kemudahan yang di sediakan adalah:

1.    penghantaran mesej
2.    inbox
3.    contacts
4.    drafts
5.    sent
6.    spam
7.    trash
8.    membuat folder
9.    applications (attach large files)
10. automatic organiser
11. edit photos dll....

*semua ini adalah kemudahan untuk kita menggunakannya untuk berhubung dgn pihak ketiga dengan menggunakan khidmat yahoo mail ini.



Perbezaan antara Yahoo dan Google





Enjin carian Yahoo mempunyai pelbagai fungsi. Enjin carian Yahoo boleh digunakan sebagai enjin pencarian maklumat tetapi maklumat atau laman web yang kita peroleh daripadanya tidak banyak. Selain itu, kita juga boleh menggunakan group untuk melakukan sesuatu perbincangan tanpa perlu bersemuka dengan orang lain. Dalam enjin carian yahoo juga terdapat kemudahan lain yang boleh kita gunakan seperti mendapatkan info-info yang terkini terutamanya tentang hiburan.

Enjin pencarian google pula berfungsi sebagai enjin pencarian maklumat yang boleh mengakses pelbagai laman sesawang lain dan juga mempunyai pautan-pautan untuk laman yang kita kehendaki. Selain iu, laman web yang akan diperolehi untuk mendpatkan maklumat lebih banyak berbanding enjin pencarian yahoo. Oleh itu, lebih mudah menggunakan enjin pencarian google kerana maklumat lebih banyak diperolehi.
Dibawah ini merupakan rajah perbandingan kebaikan dan keburukan yang terdapat pada Yahoo dan juga Google:
Produk
Google's Design
Yahoo's Design
Alerts

Google Alerts adalah pilihan email baru kepada penggunan yang menawarkan web, berita, dan lain-lain berdasarkan citarasa pengguna.

Get real-time akan dikemaskini dan terus dikirimkan melalui email, telifon bimbit, atau Yahoo Messenger.
Answers

Google Answers adalah kemudahan kepada pegangan dengan mudah untuk mencari jawapan kepada persoalan yang diberikan.

Yahoo akan mencari maklumat yang dicari dengan teliti sepertimana yang diinginkan oleh pelangan.
Desktop Search
Akan menentukan email, file, media, riwayat web dan berchatting secara langsung.
Disediakan secara percuma dengan menawarkan downloadable search application dan memastikan setiap fail itu dapat disimpan mengikut citarasa yang diingini.


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
Directory

Google Web Directory yang telah direka dengan teknologi pencarian canggih iaitu Open Directory dimana memudahkan pencarian di web.

Yahoo! Directory akan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari apa yang dikehendaki di web side.
Finance

untuk mengunakan google bagi mendapatkan maklumat megenai saham dengan hanya memasuki salah satu simbul ticker.
Pengguna memiliki akses pelbagai di yahoo bagi kemudahan ini.


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
Groups

Google Group adalah perbincangan melalui talian atau mailing list bagi membantu sekumpulan pengguna berkomunikasi dalam satu masa yang sama.

Bagi Yahoo pula ianya direka bagi memudahkan pelanggan mengunakannya bersama keluarga, teman dan telah direka melalui web dan email berkumpulan.
Image Search

Pencarian gambar Google adalah yang paling komprehensif di web dengan menawarkan lebih dari satu mailing gambar yang tersedia untuk dilihat.
Image Search yahoo juga menawarkan berjuta-juta gambar kepada pelanggan.


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
Local Search
Pencarian dilakukan di semua halaman web dan juga di dalam yellow pages untuk menentukan sumber data local yang dicari.


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
yahoo ada menyediakan yellow pagesnya tersendiri bagi memudahkan pelangan terus mencari nombor telifon, alamat dan sebagainya.


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
Mail

Gmail adalah satu lagi medium baru bagi menghantar web email, dengan adanya email ini ianya akan menjadi mudah berbanding menghantar surat.

Mail yang dihantar meliputi seluruh dunia dengan mengunakan cross-platform email solution, dan ianya adalah lebih murah dan mudah berbanding pesaing.
Maps

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Google Maps adalah layaran Google yang menawarkan perhidmatan yang canggih dengan teknologi pemetaan termasuk lokasi perniagaan, informasi sewa beli serta arah perjalanan.
Peta perjalanan dan arah perjalanan untuk Bandar yang terdapat di USA sahaja.


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
Mobile
Pencarian google terletak ditangan penguna.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

penggunan juga dapat membaca berita, maklumat yang diperlukan, serta memuat turun maklumat yang diperlukan.
Movies

google menawarkan pencarian mudah dengan hanya klik di ruang pencarian google sahaja untuk mencari tajuk serta tarikh ditayangkan .
Yahoo pula menawarkan Trailers, DVD, showtimes, reviews, dan banyak lagi.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
News

Google News menawarkan lebih dari 4,500 berita terbaharu seluruh dunia dalam bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa.

Yahoo News pula menawarkan di halaman utama yahoo dan hanya ke ruangan berita pelangan akan memperolehi pelbagai berita di seluruh dunia.
Personal Page
personalized homepage akan memberikan pelanggan melayari web diseluruh dunia.


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Pelanggan akan dapat melayari dimana sahaja web yang diingini oleh pelangan dan juga menawarkan perkhidmatan email, berita, tv dan filem berdaftar serta banyak lagi.
Photos

Picasa perisian yang membantu pelanggan mencari maklumat, mengedit dan pelbagai gambar yang terdapat di dalam komputer pelangan.
Yahoo! Photos
dapat meyimpan setiap gambar ke dalam album dan juga dapat menghantar kepada semua kawan melalui email.

Flickr

dapat mempamirkan gambar kegemaran pelangan ke seluruh dunia.
Product Search

Froogle adalah kemudahan yang ditawarkan pencarian secara sepesifik tentang kedai yang menjual barangan yang dicari serta menunjukkan lokasi tersebut.

Yahoo Shopping

dalam Yahoo Shopping, pelangan dapat mencari barangan yang diingini dan membuat pembandingan harga dengan mengunakan Yahoo Store dalam mencari harga yang terbaik.
Product Testing

Google labs yang menyediakan idea yang menarik bagi mereka yang mencari maklumat.

ianya menyediakan perhidmatan yang terbaharu yang dilakukan seumpama lakukan hari ini untuk berkerja untuk hari esok.
Social Networking

ianya memberi pelangan berhubung dengan kawan-kawan lain melalui jaringan yang selamat.

Dengan Yahoo 360°, pelangan akan disediakan suatu tempat yang khas untuk memudahkan perhubungan dengan kawan-kawan.
Toolbar
Travel

menyediakan kemudahan pencarian seperti hotel, airport serta tempat yang menarik untuk dilawati.
memudahkan pelangan mencari dimana tempat yang ingin dilawati.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
Video Search

mencari rancangan TV didalam talian.
Weather

Memudahkan pelangan mengetahui keadaan cuaca di tempat sendiri mahupun dikawasan lain.

keadaan grafik disediakan, keadaan semasa, catatan seluruh dunia yang telah disediakan oleh weather.com.
Web Search

Selain kemudahan yang ditawarkan kepada lebih 8 billion halaman web, Google juga memiliki banyak lagi kemudahan bagi kemudahan pelanggan.

Yahoo Search

yahoo juga menawarkan maklumat pencarian kepada pelangan, pelangan akan mendapat apa yang diingini dengan pencarian yang mudah dan senang.




Saturday 10 December 2011


Long Shot type
Jenis kamera : Canon EOS 550D
F-stop : f/10
ISO speed : ISO-100
masa : 11.53 am
lokasi : sepanjang perjalanan ke Pulau Kapalai, semporna
 

Close Up type
jenis kamera : nikon D3100
F-stop : f/6.3
ISO : ISO-100
masa : 12.01 pm
jenis kamera : Sony Ericsson F305
F-stop : f/2.8
ISO speed : ISO-0
tempat : Tanjung Aru, KK
masa : 6.15 pm

 Jenis kamera : Canon EOS 550D
F-stop : f/9
Exposure time : 1/100 sec
ISO speed : ISO-100
tempat : belakang bangunan Canselori UMS
masa : 6:23  pm


Friday 9 December 2011

Fotografi dalam pendidikan.

Sumber gambar.
Salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh para guru ialah untuk mendapatkan subjek yang sesuai untuk digambarkan kerana subjek itu tidak boleh didapati di sekitar atau berhampiran dengan sekolah atauput tempat belajar. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat penggambaran semula dan menyalin semula ilustrasi ataupun gambar dari buku atau majalah tanpa bersusah payah mengguntingnya sehingga merosakkan buku atau majalah.
Satu lagi peranan fotografi ialah sebagai satu cara membawa benda2 benar kedalam bilik darjah dalam bentuk visual. Hali ini perlua kerana adakalanya benda2 itu sukar untuk dibawa masuk ke bilik darjah ataupun sukar untuk diperolehi oleh tenaga pengajar.
Gambar mengenai sesuatu peristiwa, bahan sejearah, gambar pemandangan, dan sebagainya boleh didokumentasikan untuk digunakan bila perlu. Gambar tugu, kota lama dan tinggalan sejarah misalnya boleh dimanfaatkan dalam pelajaran sejarah. Gambar2 tentang kegiatan manusia, bentuk muka bumi  dan tumbuh-tumbuhan sesuai digunakan untuk pelajaran ilmu alam. Gambar slaid yang dikumpulkan mengikut set boleh dijadikan satu persembahan pita slaid sama ada dikumpulkan dalam satu pukal pelbagai media atau dalam pukal serbaguna. Secara umumnya, bahan2 ini boleh digunakan untuk maksud mengajar sesuatu kemahiran, memberi maklumat merangsang atau membentuk minat dan juga sebagai satu seni.

Jenis visual gambar.
Visual boleh dibahagi kepada dua jenis yang utama- gambar lutsinar (transparency) dan gambar cap.
Gambar lutsinar ialah gambar yang dibuat diatas filem asetat, plastik ataukepingan kjaca yang membolehkan cahaya menembusinya, misalnya slaid dan filem cap (print film). Gambar lutsinar boleh ditayangkan dengan menggunakan projektor slaid alat kad optik.
Gambar cap pula ialah gambar yang dibuat diatas kertas atau lain2 bahan legap (opaque) atau tidak lutsianr. Contohnya seperti gambar foto, gambar dari majalah dan buku. Gambar boleh digunakan terus di bilik darjah. Jika gambar itusangat kecil, ai boleh ditayangkan dengan projektor episkop untuk mendapatkan imej yang besar diskrin.

Cara mendapatkan gambar.
Diantara cara mendapatkan gambar untuk pendidikan ialah :
1.    Mengambil gambar benda betul sama ada objek atau subjek dengan kamera. Melukis dan membuat grafik gambarajah, carta, majalah, dan buku.
2.    Menggunting bahan dari poster,carta, majalah, dan buku.

Panduan mendapatkan gambar visual yang baik.
Kegagalan menyampaikan pelajaran secara berkesan sebahagian besar daripadanya berpunca dari kelemahan yang terdapat pada gambar visual yang dipamerkan. Untuk mengatasi masalah ini, perkara dan soalan dibawah ini mestilah menjadi asas :
1.    Penyediaan gambar foto hendaklah dibuat sebagai satu kerja yang mendatangkan faedah. Ia mestilah berasaskan kepada :
a.    Adakah gambar itu dapat menolong menambahkan kefahaman terhadap sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan.
b.    Adakah ia sesuai untuk golongan yang ditujukan?
c.    Adakah ia sesuai dengan objek yanghendak dicapai.
2.    Jika sesuatu keterangan tdak memerlukan visual gambar jangan buat gambarnya.
3.    Gambar mestilah memberi pengetahuan dan penerangan tambahan agar dapat membentuk minat, bukannya menggantikan media pendengaran.
4.    Gambar visual mestilah terang, senang difahami dan mempunyai hanya 1 idea utama.
5.    Bahan yang digambarkan haruslah boleh untuk di perkenalkan dan lambang yang digunakan hendaklah memberi makna yang sesuai kepada penonton.
6.    Gambar yang digunakan mestilah mengikut susunan. “Bezanampak” dan warnanya janganlah terlalu bertentangan.
7.    Gambar mestilah boleh diterima, teratur, dan tidak menimbulkan sala faham orang yang melihatnya.
8.    Apabila membuat visual, gunakanlah teknik warna dan gambar yang dapat meransang daya imaginasi.
9.    Tulisan, tajuk dan lain2 keterangan mestilah ringkas, padat dan senang untuk dibaca sesuai dengan fungsinya sebagai bahan pengetahuan.
10. Kegunaan visual itu mestilah mencapai matlamat berikut :
a.    Adakah gambar visual yang dibuat amat baik seperti yang sepatutnya?
b.    Adakah gambar itu diuji terlebi dahulu sebelum digunakan?
c.    Adakah anda mendapat kritikan daripada kawan2 anda?
Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran moden seperti yang terdapat pada hari ini, penggambaran untuk pendidikan menjadi satu keperluan yang tidak boloh diambi ringan oleh tenaga pengajar. Alat fotografi seperti kamera automatik dan projektor moden membolehkan guru membuat dan menggunakan gamabr dalam bilik darjah. Pengajaran akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan bahan2 pandang dan dengar yang sesuai.