Friday 9 December 2011

Fotografi dalam pendidikan.

Sumber gambar.
Salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh para guru ialah untuk mendapatkan subjek yang sesuai untuk digambarkan kerana subjek itu tidak boleh didapati di sekitar atau berhampiran dengan sekolah atauput tempat belajar. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat penggambaran semula dan menyalin semula ilustrasi ataupun gambar dari buku atau majalah tanpa bersusah payah mengguntingnya sehingga merosakkan buku atau majalah.
Satu lagi peranan fotografi ialah sebagai satu cara membawa benda2 benar kedalam bilik darjah dalam bentuk visual. Hali ini perlua kerana adakalanya benda2 itu sukar untuk dibawa masuk ke bilik darjah ataupun sukar untuk diperolehi oleh tenaga pengajar.
Gambar mengenai sesuatu peristiwa, bahan sejearah, gambar pemandangan, dan sebagainya boleh didokumentasikan untuk digunakan bila perlu. Gambar tugu, kota lama dan tinggalan sejarah misalnya boleh dimanfaatkan dalam pelajaran sejarah. Gambar2 tentang kegiatan manusia, bentuk muka bumi  dan tumbuh-tumbuhan sesuai digunakan untuk pelajaran ilmu alam. Gambar slaid yang dikumpulkan mengikut set boleh dijadikan satu persembahan pita slaid sama ada dikumpulkan dalam satu pukal pelbagai media atau dalam pukal serbaguna. Secara umumnya, bahan2 ini boleh digunakan untuk maksud mengajar sesuatu kemahiran, memberi maklumat merangsang atau membentuk minat dan juga sebagai satu seni.

Jenis visual gambar.
Visual boleh dibahagi kepada dua jenis yang utama- gambar lutsinar (transparency) dan gambar cap.
Gambar lutsinar ialah gambar yang dibuat diatas filem asetat, plastik ataukepingan kjaca yang membolehkan cahaya menembusinya, misalnya slaid dan filem cap (print film). Gambar lutsinar boleh ditayangkan dengan menggunakan projektor slaid alat kad optik.
Gambar cap pula ialah gambar yang dibuat diatas kertas atau lain2 bahan legap (opaque) atau tidak lutsianr. Contohnya seperti gambar foto, gambar dari majalah dan buku. Gambar boleh digunakan terus di bilik darjah. Jika gambar itusangat kecil, ai boleh ditayangkan dengan projektor episkop untuk mendapatkan imej yang besar diskrin.

Cara mendapatkan gambar.
Diantara cara mendapatkan gambar untuk pendidikan ialah :
1.    Mengambil gambar benda betul sama ada objek atau subjek dengan kamera. Melukis dan membuat grafik gambarajah, carta, majalah, dan buku.
2.    Menggunting bahan dari poster,carta, majalah, dan buku.

Panduan mendapatkan gambar visual yang baik.
Kegagalan menyampaikan pelajaran secara berkesan sebahagian besar daripadanya berpunca dari kelemahan yang terdapat pada gambar visual yang dipamerkan. Untuk mengatasi masalah ini, perkara dan soalan dibawah ini mestilah menjadi asas :
1.    Penyediaan gambar foto hendaklah dibuat sebagai satu kerja yang mendatangkan faedah. Ia mestilah berasaskan kepada :
a.    Adakah gambar itu dapat menolong menambahkan kefahaman terhadap sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan.
b.    Adakah ia sesuai untuk golongan yang ditujukan?
c.    Adakah ia sesuai dengan objek yanghendak dicapai.
2.    Jika sesuatu keterangan tdak memerlukan visual gambar jangan buat gambarnya.
3.    Gambar mestilah memberi pengetahuan dan penerangan tambahan agar dapat membentuk minat, bukannya menggantikan media pendengaran.
4.    Gambar visual mestilah terang, senang difahami dan mempunyai hanya 1 idea utama.
5.    Bahan yang digambarkan haruslah boleh untuk di perkenalkan dan lambang yang digunakan hendaklah memberi makna yang sesuai kepada penonton.
6.    Gambar yang digunakan mestilah mengikut susunan. “Bezanampak” dan warnanya janganlah terlalu bertentangan.
7.    Gambar mestilah boleh diterima, teratur, dan tidak menimbulkan sala faham orang yang melihatnya.
8.    Apabila membuat visual, gunakanlah teknik warna dan gambar yang dapat meransang daya imaginasi.
9.    Tulisan, tajuk dan lain2 keterangan mestilah ringkas, padat dan senang untuk dibaca sesuai dengan fungsinya sebagai bahan pengetahuan.
10. Kegunaan visual itu mestilah mencapai matlamat berikut :
a.    Adakah gambar visual yang dibuat amat baik seperti yang sepatutnya?
b.    Adakah gambar itu diuji terlebi dahulu sebelum digunakan?
c.    Adakah anda mendapat kritikan daripada kawan2 anda?
Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran moden seperti yang terdapat pada hari ini, penggambaran untuk pendidikan menjadi satu keperluan yang tidak boloh diambi ringan oleh tenaga pengajar. Alat fotografi seperti kamera automatik dan projektor moden membolehkan guru membuat dan menggunakan gamabr dalam bilik darjah. Pengajaran akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan bahan2 pandang dan dengar yang sesuai.

No comments:

Post a Comment