Wednesday 7 December 2011

Tutorial F: Jenis/kategori perisian dan perkakasan

PERISIAN KOMPUTER
Perisian computer  terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu.
Perisian computer  boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.
PERKAKASAN KOMPUTER




Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).
PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)
Adalah komponen paling utama di dalam sesebuah komputer di mana terdapat semua komponen lain yang dipasangkan kepadanya. Komponen paling penting yang dipasangkan pada sesebuah papan induk ialah CPU (Central Processing Unit) atau unit pemprosesan pusat yang berfungsi memproses data dalam sesebuah komputer.
Terdapat pelbagai jenis papan induk yang dikeluarkan oleh pengeluar seperti Intel. Per soalannya kenapakah terdapat pelbagai jenis papan induk?. Jawapan adalah kerana terdapat pelbagai jenis CPU yang mempunyai keupayaan dan kuasa yang berbeza. Contohnya Pentium II hanya boleh menggunakan papan induk yang menggunakan reka bentuk AGP seperti Tahoe 2 dan Intel 440LX.

Terdapat juga papan induk yang telah terbina di dalamnya kad bunyi, port perhubungan dan juga port untuk SCSI. Saya menasihatkan agar anda melihat jenis papan induk yang digunakan semasa anda mengunjungi mana-mana kedai atau dewan pameran. Tujuannya supaya anda mengenali rupa bentuk sesebuah papan induk seperti mana yang terdapat pada komputer peribadi yang anda gunakan di rumah atau di pejabat.



CENTRAL PRCESSING UNIT (CPU)
Ia merupakan enjin komputer, unit pemproses pusat menggunakan cip yang disebut sebagai kepantasan pemprosesan komputer. PC asas Windows 95 kini menggunakan cip pemproses Pentium atau yang sekelas dengannya. Macintosh pula menggunakan cip PowerPC. Kepantasan pemproses diukur dalam megahertz(Mhz). 100Mhz kini dianggap terlalu perlahan. Untuk Windows, cip Pentium II kini semakin lumrah dan kelajuan paling ideal ialah 166Mhz atau lebih. Untuk aplikasi multimedia, dapatkan cip Intel MMX pada kelajuaan 200Mhz atau lebih. Bagi sistem Macintosh pula, kelajuan paling minimum ialah 120Mhz untuk memastikan keberkesanan aplikasi yang digunakan.
  • CPU adalah otak bagi komputer
  • Berfungsi sebagai mengawal keseluruhan operasi komputer dan kehandalan sesebuah komputer diukur daripada kecekapan unit ini mengendalikan sesuatu tugas.
  • CPU mengandungi bahagian-bahagian :-
  1. Unit Kawalan ( Control Unit )-Mentafsirkan arahan yang telah dimasukkan ke dalam komputer dan mengarah cara pemprosesan.
  2. Unit Aritmetik dan logik (ALU)-Membuat operasi matematik dan perbandingan logik
  3. Daftar Khas (Registers)-Digunakan untuk menyampaikan keputusan secara sementara dan mengawal sebahagian maklumat-maklumat.


MEMORY
Memainkan peranan sebagai penyimpan sementara data-data sebelum ianya diproses menjadi maklumat oleh CPU dan dihantar kembali kepada komponen lain seperti skrin, pencetak dan juga cakera keras. Memori juga bergantung kepada jenis papan induk yang digunakan kerana papan induk yang berlainan mempunyai saiz pin memori yang berlainan seperti 72 pin SIMM ( single in-line memory module ), 168 pin DIMM (dual in-line memory module) atau 144 pin DIMM.
Memori juga dibina dalam pelbagai bentuk kerana ia berbeza dari segi kepantasan menerima dan menghantar maklumat yang dimansuhkan ke dalamnya. Ia terbahagi kepada dua jenis samada SIMM dan DIMM. Perbezaan antara keduanya ialah DIMM meletakkan cip-cip memori di kedua-dua bahagian pada sekeping kad memori. Untuk pengetahuan anda memori juga terdiri dari pelbagai jenis seperti DRAM, FPM, EDO, BEDO, SDRAM, SRAM, ASRAM, SSRAM, PBSRAM, VRAM, WRAM dan SGRAM.
Sebuah komputer peribadi yang ingin anda beli seboleh-bolehnya memiliki jumlah memori piawai sekurang-kurangnya 32Mb. Jika anda ingin menggunakan komputer tersebut untuk kegunaan biasa, memori sebanyak 32Mb sudah mencukupi. Sebaliknya untuk penggunaan komputer untuk tujuan aplikasi grafik dan permainan komputer akan memerlukan memori yang lebih banyak iaitu sekurang-kurangnya 64Mb.
  • Memori ialah bahagian komputer di mana program dan data disimpan.
  • Mengandungi dua jenis ingatan:-
                     I.        Memori Utama ( Ingatan Utama ) 
                                        ·         Memori Utama ialah ingatan cepat yang berupaya beroperasi bagi kelajuan elektronik.
·         Primary Memories adalah semiconductor memories.
·         Program atau aturcara disimpan di dalam Ingatan Utama sepanjang pelaksanaannya.
                    II.        Secondary Memory
·         Secondary Memories adalah lambat, murah dan biasanya memory yang lebih besar.
·         Digunakan untuk menyimpan sistem aturcara-aturcara (programs), fail data yang besar.
  
Cth: Magnetik Tapes, Magnetic Disks, Floppy Disks, Optical Disks. Secondary Memory adalah sebahagian dari sistem input/output.


RAM Chips
Memori Akses Rambang ( Random Acess Memory atau RAM )
Komponen yang menjalankan ‘pemikiran’ komputer. RAM ialah ruang di mana perisian bergerak untuk berfungsi, dan hilang sebaik sahaja pengguna keluar daripada sekitarannya atau mematikan komputer. Sekurang-kurangnya 16Mb RAM diperlukan bagi Macintosh dana Windows 95. Lebih banyak lagi diperlukan jika pengguna mahu menggunakan perisian grafik/imej atau permainan video yang lebih besar.
  • Random Access Memory
  • Tugasnya untuk mengingati data dan arahan-arahan yang perlu dijalankan.
  • CPU akan merujuk kepada bahagian ini untuk mendapatkan data serta memastikan semua tugas dijalankan.
  • Apabila komputer dipadamkan, segala ingatan dalam RAM akan hilang.
  • Ukuran muatan ingatan diukur di dalam BAIT. Satu Bait ada 8 bit = satu huruf/abjad (T,U,V,7,8,9,$,<,+). 1 kilobait = 1024 Bait. 1 Megabait = 1000 x 1024 Bait. 1 Gegabait = 1000 Megabait.
ROM Chips
  • Read Only Memory
  • Ingatan yang sentiasa ada pada komputer.
  • Cip yang telah diisi dengan program atau arahan-arahan tertentu.
  • Ia dipasang siap dalam kilang semasa komputer dikeluarkan
  • Ingatan ROM tidak akan hilang sekiranya ia di padam kecuali diganti.

KAD PAPARAN
Kad paparan adalah sejenis kad tambahan yang dipasang dalam sesebuah komputer peribadi untuk membolehkan komputer tersebut memaparkan antara muka perisian pada monitor. Kad ini juga bergantung kepada jenis monitor yang anda hendak gunakan misalnya kad paparan VGA hanya sesuai untuk monitor VGA. Jadi untuk mendapatkan paparan lebih tajam dan warna yang terang pada monitor VGA. Jadi untuk mendapatkan paparan lebih tajam dan warna yang terang pada monitor, maka anda memerlukan kad paparan yang baik juga. Jika kad paparan yang digunakan adalah berkeupayaan tinggi, maka monitor yang akan dipakai hendaklah bersesuaian dengannya.




KAD GRAFIK
Sebuah PC multi media yang lengkap sepatutnya berupaya memainkan pelbagai perisian yang canggih. Jadi ia memerlukan sekeping kad grafik yang boleh memproses paparan 3D dan 2D dengan baik pantas tanpa tersekat-sekat contohnya dalam permainan video. Kad grafik 3D hanya sesuai di pasang pada PC yang menggunakan sekurang - kurangnya cip pemproses Pentium atau yang setaraf dengannya. Di samping itu memori utama yang besar juga diperlukan samada 32Mb atau lebih.



MONITOR



Merupakan peranti yang memaparkan data yang dijanakan oleh komputer dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh pengguna.


Paparan pada monitor berkait rapat dengan kad paparan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Pengelasan monitor adalah berdasarkan tahap resolusi dan keupayaannya untuk melakukan nyah segar (refresh). Sebuah monitor yang beresolusi tinggi mampu memaparkan gambar yang lebih tajam. Nyah segar adalah merujuk kepada kemampuan sesebuah monitor untuk memaparkan grafik pada skrin semasa berlaku per tukarannya grafik yang terlalu cepat.
Di samping itu monitor juga terdiri daripada pelbagai saiz yang diukur dalam ukuran inci seperti 14", 15", 17" dan 21". Antara jenama monitor yang terkenal ialah Sony, NEC, ViewSonic dan Wyse Technologies. Kini terdapat jenis monitor yang memancarkan radiasi yang rendah dan menjimatkan tenaga dengan kebolehan tertutup sendiri apabila ianya tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.
Kebanyakan skrin yang ada berasaskan standard SuperVGA, cukup untuk mendapatkan imej yang jelas bagi pengguna biasa. Setup standard ialah paparan 16 ribu warna ( lazimnya lebih banyak lagi bagi Macintosh)


Terdiri dari beberapa jenis seperti:
1.       Monokrom 
·         Diperkenalkan pada tahun 1981  
·         Memaparkan teks yang berwarna hijau/oren dan berlatar belakang hitam  
2.        CGA 
·         Bermaksud Color Graphics Adapter 
·         Diperkenalkan pada tahun 1981 
·         Memaparkan teks/graphic dalam 4 warna 
3.        EGA 
·         Bermaksud Enhanced Graphic Adapter 
·         Diperkenalkan pada tahun 1984 
·         Mempamirkan teks/graphic yang lebih halus dan cantik 
·         Memaparkan sehingga 16 warna 
4.        GA dan Super VGA 
·         Bermaksud Video Graphics Array 
·         Diperkenalkan pada tahun 1987 dan Super VGA 1988 
·         Memaparkan 256 warna


PEMBESAR SUARA (SPEAKER)
Penghasilan sistem bunyi yang baik, jelas dan realistik antaranya terletak pada sistem stereo bunyi yang digunakan pada sesebuah PC multi media. Misalannya jenama Hewlett Packard (HP) menggunakan sistem stereo Dolby Digital (AC-3) yang kemudiannya direalisasikan oleh pembesar suara (speaker) Premier Polk Audio dan Subwoofer untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang realistik dan mengkagumkan.


TETIKUS (MOUSE)
Peranti input komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal cursor dan untuk memilih objek. Tetikus biasanya mempunyai satu, dua dan tiga butang pada bahagian kepala.
PAD TETIKUS (MOUSE PAD)
Lapik yang diperbuat dari getah untuk melapik dan melancarkan pergerakan tetikus




 
PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)

 
Keyboard Housing

Peranti yang mempunyai set kekunci yang mempunyai tanda lambang aksara (character) tertentu yang disusun mengikut cara tertentu dan digunakan untuk memastikan data ke dalam komputer.
Dikeluarkan secara piawai pada tahun 1986 di mana mengandungi 101 key sahaja. Di antara komponen keyboard ialah;
  • Dibuat dari plastik yang tidak boleh dilentur/dibengkok untuk mengelakkan komponen dalaman pecah dan kotor (tercemar).
Cables
  • Untuk menyambung keyboard ke motherboard (PS/2 port)
Function Button
  • Mengandungi 12 kekunci (F1-F12)
  • Kebanyakan perisian komputer menggunakan kekunci ini untuk menjalankan sesuatu arahan.
QWERTY Keypad
  • Dipanggil demikian mengikut susunan huruf pertama di bahagian atas keyboard iaitu Q, W, E, R, T, Y dan cara menggunakannya sama seperti typewriter.
Editing Keypad
  • Membantu untuk edit semasa menggunakan Word Processing (Delete, Home, End dll)
Numeric Keypad
  • Memudahkan menaip angka dengan cepat. Fungsi sama seperti culcalator. Mengandungi numeric (0-9), empat basic matematik operators (/, *, -, +), titik perpuluhan dan butang ENTER.
Escape
  • Digunakan untuk membatalkan operasi atau keluar dari skrin
ALT/CTRL
  • Menggunakan Menu
  • Menambah fungsi butang ( Ctrl + S ), (Ctrl + O )

PENCETAK (PRINTER)
Peranti yang menghasilkan data daripada komputer pada kertas. Pencetak boleh digunakan untuk menghasilkan surat atau laporan yang telah ditaip menggunakan komputer.
Pencetak mempunyai dua jenis iaitu dalam bentuk laser dan bubble jet.



 

DISK DRIVE STORAGE (STORAN)

Storan adalah merupakan tempat di mana perisian-perisian dan data-data disimpan. Storan yang terdapat pada sesebuah komputer terbahagi kepada dua kategori iaitu storan dalaman dan storan luaran. Storan dalaman ialah storan yang dipasang dalam komputer seperti cakera keras, manakala storan luaran adalah storan yang menyimpan data dalam bentuk disket atau pita contohnya disket, pemacu Zip Iomega dan pemacu Jaz Iomega.
Storan diukur dalam ukuran bait (byte) dan sebuah cakera komputer lazimnya mempunyai saiz penyimpanan dalam lingkungan 2.1GB hingga 4GB. Biasanya anda akan mendapat saiz storan sebanyak 2.1GB semasa membeli komputer di pasaran dan ia sudah memadai untuk penggunaan biasa. Bagi memastikan simpanan data yang lebih selamat, anda dinasihatkan untuk mendapatkan satu lagi cakera keras bagi menyimpan data. Langkah ini akan dapat menyelamatkan data tersebut sekiranya cakera keras yang pertama telah rosak.

Floppy Disk Drives
Peranti ingatan berbentuk cakera yang dibuat daripada bahan tipis yang bersalut magnet. Ia digunakan untuk menyimpan data secara magnetik. Disket yang biasa adalah 3.5" boleh menyimpan data sehingga 1.44 MB.
Membaca dan menulis data ke disket


  • Mempunyai had keupayaan (capacity) yang berbeza mengikut ukuran.
  • 5.25 inci – 360 KB atau 1.22 MB
  • 3.5 inci – 720 KB atau 1.44 MB
Hard Disk Drives
  • Dipasang di dalam CPU casing
  • Tanpa Hard Disk, kita tidak boleh menggunakan ciri-ciri yang ada dalam perisian tersebut.

Optical Disk Drives 
Pemacu CD-ROM ini digunakan untuk membaca data seperti gambar, bunyi atau video yang terdapat pada sekeping CD-ROM. Ia berfungsi dengan berinteraksi secara terus dengan papan induk melalui sebuah perisian CD-ROM dan kad bunyi. Malah kini terdapat beberapa jenis papan induk yang telah menyediakan port khas untuk CD-ROM dan kad bunyi tidak lagi diperlukan sebagai perantara. Pemacu CD-ROM juga mempunyai kelajuan yang berbeza seperti 8X, 12X, 16X, 24X, 24X dan 100X. Kelajuan ini menggambarkan keupayaannya membaca data-data daripada CD-ROM dalam ukuran nanosaat (ns). Sekiranya anda ingin meningkatkan keupayaan multimedia, mala anda memerlukan sebuah pemacu yang juga berkeupayaan tinggi.
CD-ROM (Compact Disc – Read Only Memory)
  • Boleh membaca data tetapi tidak boleh menulis dari Optical Disc
  • Menggunakan laser untuk merakam data
  • Mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dari Floppy Disc
  • Sering digunakan sebagai alat multimedia.
  • Yang berukuran 12" boleh menyimpan maklumat sebanyak 2 Gigabait
  • Single Disc boleh simpan sehingga 650 MB
Tape Drives
  • Boleh baca dan tulis data ke dalam memory tape
Catridge Drives
  • Boleh baca dan tulis data ke dalam catridge




DVD 
Kemunculan DVD di pasaran telah cuba dieksploitasi sapenuhnya dalam PC multimedia terkini bagi merealisasikan segala impian semasa para pengguna. PC multimedia yang dilengkapi dengan pemacu DVD mampu memainkan wayang gambar atau video sehingga kejelasan gambarnya setanding dengan cakera teater di rumah.




Antara kelebihan yang ditonjolkan oleh teknologi DVD ialah dari segi kawalan terhadap apa yang kita lihat dan dengar misalan keupayaan menyunting gambar video. Disebabkan DVD dapat disesuaikan dengan sistem audio dan video CD-ROM yang sedia ada, maka para pengguna mungkin tidak memerlukan pemacu CD-ROM lagi.

Pemacu (Drives)

Perkakasan atau perisian yang berfungsi untuk menggerakkan perkakasan atau perisian lain.
PEMACU JAZ (JAZ DRIVES)
Peranti yang berfungsi seperti disket tetapi boleh menyimpan data lebih banyak di dalam cakeranya, iaitu 1GB sehingga 2GB.






Drum
Drum bermagnet adalah satu lagi peranti yang boleh digunakan sebagai storan bantuan. Drum ini berbentuk selindir dan disaluti oleh satu bahan bermagnet. Cara maklumat disimpan dan dicapai daripada satu drum adalah hampir sama dengan cara yang digunakan bagi cakera bermagnet.

SUMBER:

















1 comment: